"...Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan".
(Surah Ali-Imran: 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu Kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu
Dirimu itu milik-Nya
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak tehitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung pada-Nya
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punya aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!
Petikan;
Back2Fitrah






No comments:
Post a Comment